Tuesday, June 8, 2010

Jangan Pergi Kerja Lambat Sebab Piala Dunia

Pekerja datang lambat kerana Piala Dunia dipotong elaun

08/06/2010 6:02pm

JAKARTA 8 Jun - Kakitangan awam yang kaki bola di ibu negara Indonesia diberi amaran akan dipotong elaun jika mereka datang lambat bekerja hanya kerana Piala Dunia.

Dengan perlawanan yang berlangsung di Afrika Selatan itu disiarkan menerusi televisyen pada awal pagi, jurucakap dewan bandar raya itu, Cucu Ahmad Kurnia berkata, tiada tolak ansur jika mereka terlambat.

“Bayangkan jika peminat bola sepak ini datang lambat ke pejabat setiap hari, berapa banyak kerugian yang ditanggung sepanjang sebulan Piala Dunia berlangsung,” katanya kepada AFP di kota metropolitan yang mempunyai 20 juta penduduk itu.

Pentadbiran bandar raya itu meletakkan ingatan kepada 80,000 pekerja perbandaran bahawa mereka akan dikenakan potongan sebanyak lima peratus daripada elaun prestasi mereka - yang biasanya lebih tinggi berbanding gaji pokok - untuk setiap hari mereka lambat, kata Cucu.

“Ini tiada pengecualian. Setiap orang yang menggemari bola sepak, mereka bebas untuk berjaga sehingga subuh tetapi mereka tiada pilihan melainkan wajib datang kerja seperti biasa,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment